Monday, December 3, 2012



Sahabat itu Siapa? Sahabat itu Di mana?

 sahabat itu tempatnya kita meluah rasa
sahabat itu tempatnya kita berbicara
sahabat itu tempatnya kita menyimpan rahsia

sahabat itu tempatnya kita mengambil pandangan

sahabat itu tempatnya kita berkongsi perasaan
sahabat itu tempatnya kita mencari perlindungan
sahabat itu tempatnya kita berkasih sayang

sahabat sejati selalu mengambil hati

...

sahabat sejati selalu menjadi pemerhati
sehabat sejati selalu mengkritik tanpa diskriminasi

dan sahabat itu duduknya bukan di ofis semata

juga bukan disebelah rumah sesiapa
sahabat itu bukan duduknya dalam kereta
atau cuma di kedai makan merata-rata

sahabat itu sepatutnya selalu ada

ada di mana-mana
di mana-mana kita berada
kerana sahabat harusnya berada di hati kita
selalu di sana untuk menenangkan jiwa...

nukilan rasa 5 minit oleh saya : Mas Ayu Diana, khas utk sahabat2 tercinta.....

No comments: