Sunday, March 20, 2011

kawin.. sediakah saya??

Kata orang.. saat bertunang itu dugaannya hebat... dan mungkin kerana kenyataan itu.. boleh saya katakan sebenarnyer... cuma semalam yg tidur saya dalam senyuman lepas bertunang.. kerana selepas itu sering saya diganggu mimpi ngeri.. entah mengapa saya mudah amat terganggu..... memikirkan persiapan itu ini.. memikirkan kehidupan selepas kawin nanti.. mampu kah saya... berkawan dengan ramai yg telah bekeluarga .. saya menyedari.. perkahwinan itu tidak lah seindah kita impikan sewaktu kita remaja.. tiba-tiba teringat cerita cik siti nurhaliza, penyanyi kegemaran saya... "untungnya orang yang berkawin lewat ialah kerana mereka telah mengetahui banyak kisah rumah tangga untuk dijadikan pedoman setelah berkahwin nanti"

cukup risau memikirkan.. mampukah saya menjadi seorang isteri yang mampu menjaga makan minum suami.. mampu kah saya memastikan pakaiannya disusun rapi dan berkemas.. mampukah saya memastikan dapat menuruti perintahnya tanpa bermasam muka? mampukah saya menjadi isteri solehah seterusnya menyediakan diri menjadi ibu mithali.. sudah lengkapkah ilmu di dada.. sudah terisikah minda dengan pengetahuan yang secukupnya.. sudah terbuka kah hati menerima komen dari si suami atau dari ibu mertua ku nanti?


aduh... jika difikirkan... mungkin umur 50 tahun pun saya belum bersedia untuk kawin..