Wednesday, November 21, 2012
Puisi di hari lahir suami version 2.0
Syukur ku pada Yang Maha Kuasa
Hari ini hari lahir dia
Hari lahir suami yang kucinta
Syukur ku pada yang Maha Kuasa
Kini sudah 35 tahun usianya
Merasa nikmat dunia dengan pelbagai cara
Syukur ku pada yang Maha Kuasa
Kerana hari ni masih tiba
Hari ku bersamanya
Menyambut hari yang istimewa
Berdoa ku pada yang Maha Mengasihi
Semoga suami ku gembira selalu
Biar dugaan datang berlalu
Berdoaku pada Yang Maha Mengasihi
Semoga suami ku sihat selalu
Walau kerjanya datang bertalu
Berdoa ku pada yang Maha Mengasihi
Agar hidup kami selalu dirahmati
Bersama-sama mereka yang kami sayangi
Subscribe to:
Posts (Atom)