Sunday, November 20, 2011

Selamat hari lahir.. Suamiku..


Suami ku....
34 tahun usia mu...
Banyak sudah yang dikau tempuhi..
Alhamdulilah banyak juga kejayaan telah digenggami

Suami ku,
34 tahun usia mu
Rintangan pelbagai telah diredah,
Tak pernah sekali kau kalah,
Walau terlalu banyak beban yang digalas..

Suamiku,
34 tahun usia mu,
Terus lah melangkah,
Jangan sekali engkau rebah,
Kerana ku di sini sentiasa disisi,
Bakal selalu menemani,
Malam atau di siang hari...

Suami ku,
34 tahun usia mu
Berhias ceria atau bias duka
Engkau tetapi ku cinta sehingga hujung nyawa..

Selamat hari lahir.. suamiku..

No comments: